MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Thursday 31 October 2013

MY BREASTFEEDING JOURNEY PART #16 ~~~ RELAKTASI

salam readers yang di kasihi..dengan dukacita mama akan ceritakan mengapa mama dalam proses relaktasi sekarang....

sebenarnya mama telah berhenti mnyusu shareef sejak sebulan yang lalu,,,sebabnya ???
DIET !
Yes,mama buat diet Atkins...boleh google tentang diet ni atau boleh je baca DI SINI
anda akan faham diet yang mama buat sehingga terpaksa berhenti mnyusukan shareef..sungguh sedih..huaaaa rasa nak nanges !!!

mama tak sanga diet tu boleh buat kan susu mama merudum teruk dan shareef jatuh sakit sebb kekurangan nutrisi,,sebb shareef pun sekarang dah tak makan macam dulu,,so mcm mna?
makan pun tidak,susu pun tidak berkhasiat??

shareef mengalami penurunan berat bdan sejak mama amalkan atkin..actually mama pun turun jugak berat dalam -+ 3 KG selama 5 hari buat diet ni..
shareef mnyusu macam biasa,,
tapi berat shareef menurun juak dri 8.9 KG ke 8.2 KG...sedikit ja..tapi cukup mmbuatkan mama mnyesal sungguh buat diet tu....
shareef nampak kurus sagt dan tak bermaya..memndangkan die belajar berjalan..so selalu sangat jatuh plak,.,,susu mmg x payah cakp lah..nak kering dah !!

takda pilihan lain,mama terpaksa bagi shareef FM...
mama beli susu s26..
selepas sebulan minum shareef naik semula ke 9KG...Alhamdulillah
tapi mama nak susukan shareef !!!

kata doktor yang merawat shareef,susu mama mengandungi toksin hasil dripada diet yang x sesuai di amalkan oleh ibu mnyusu tu..sebb tu shareef x sihat dan jatuh sakit..
so mama terus STOP buat atkin dan mula makan sperti biasa,,,
mama mnyesal sgt2 ...
baru2 lagi shareef demam dan batul berkahak..salah satu puncanya susu FM!
ini kata doktor ya..bukan mama reka2..ntah la cara bancuh susu ka apa..
lagi lah nyesal nak tampar diri sendiri.,.sebab nak jaga badan sndiri,kesihatan anak di abaikan..oh no!!!

lepas itulah mama buat keputusan untuk RELAKTASI !!
YES..MAMA NAK SUSUKAN SHAREEF SEMULA SELEPAS SEBULAN BERHENTI MENYUSU !
wahai ibu2 sekalian...
bukan senang nak relaktasi ni..kena ada semangat yang kental dan kemahuan serta usaha !!

APA ITU RELAKTASI >?

Definisi relaktasi (relactation) 

Menurut Dr. Jack Newman, Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.


Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan. Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:

1) Memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu
2) Mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:

Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhentiJika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi. Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu? Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu. Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula. Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu? Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif  selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja. Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.Faktor #4 – Kesediaan ibu. Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu. Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana caranya?

A) Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu. 
Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula? Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising; Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra; Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan; Jika bayi menolak payudara ibu,  jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.

Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu; bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit. Bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.


Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula. Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu. Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.


Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan. Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu. Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan. Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu. MEDELA Supplemental Nursing System (SNS) - lihat gambar.


B) Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu. Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah. Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi. Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu? perah/pam dengan kerap, makan makanan berkhasiat dan seimbangmakan makanan penambah susu seperti Fenugreek, menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium), kurangkan stress, berfikiran positif.


Kesimpulan

Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.

ini lah relaktasi..
mama kira senang jugak,,sebab x payah pujuk shareef nak DF sebb dia memang mnyusu malam biarpun xde susu yang keluar..oh pity shareef !!

so..tindakan mama


  • pam setiap 3 jam secara konsisten -biarpun pada awalnya hanya pam angin
  • minum air masak bayk2
  • makan domperidone dalam dos yang kecil
  • kismis,kurma,badam,madu dan habbatussauda-makanan sunnah/milkbooster
milkbooster

pada awalnya mama hanya dapat tengok hasil pada hari ke-3
dapat 0.5 oz
seterusnya 1 oz
dan 2 oz..
sekarang >>>>>>>>>>>>> 3 oz per sesi !!

Alhamdulillah...
ada kawan baik hati meminjamkan Rumble TUff Breastpump untuk mama supaya bersemangat nak pam !
hehe,,tq sis Riena...nanti mama buat review ttg RT di next entri ye

rumble tuff



habatus + madu


shareef sekali sedut !
botol  ni hasil tungkus lumus sehari semalam..sebb dpt 0.5 oz setiap sesi..tapi ni shareef sekali sedut ja !
huaaaaaaaaaa
mama belum berjaya relaktasi ye..sebb aim mama mesti dapatkan 6-8 oz per sesi setiap pump..

setiap sesi 2-3 oz sahaja


doakan mama supaya berjaya..

mama akan update ni next entri..kisah relaktasi berjaya mama !
thx sebab mmbaca !!
nasihat ikhlas....
kalau nak anak dapat susu yang berkhasiat dan sangat berkualiti SILA JANGAN DIET ! SILA JANGAN TIRU APA YANG MAMA BUAT !!
kalau ya pun nak jaga badan,tunggulah anak habis hak menyusu 2 tahun penuh..sebb memang sudah termaktub dalam Al-Quran.kita wajib susukan mereka sehingga 2 tahun..lepas tu baru la nak diet ke,nak makan ubat kurus ke atau apa2 je..
kalau nak jugak jaga badan sambil breastfeed,boleh je makan ikut piramid makanan dan senaman setiap hari ..insya Allah badan tak naik..mybe mama ni mmg dah keturunan badan besar..huhuhu



sekian.

habatus dan halba sebagai milkbooster


update hasil relaktasi
yes mama berjaya kembalikan susu yang hampir2 nak kering
so usaha dan tawakkal
semoga berjaya ibu2 




Saturday 5 October 2013

SPAGETHI CARBONARA BABY VERSION AND BUTTER CREAMY FISH

helloo semua,.mama nak share resipi ..yang terbaru mama masak tuk shareef

spagethi carbonara baby style bah
ingat orang dewasa jak ka boleh makan ? baby pun bole..kalau mama nya rajin..ehehehehe
meh tengok bahan-bahannya


  • bawang holland setengah biji,dihiris
  • spagethi @ pasta
  • butter
  • cream cheese
  • slices cheese
  • ebm @ FM
  • ayam sedikit
  • 3 jenis puree-sweet potato,kentang dan satu lagi ntah apa,,hahahaha
boleh je campur apa2 puree yg ada dalam fridge



bahan-bahan

cara-cara

  • macam biasa rebus dulu pasta hingga empuk dan ketepikan

  • tumis bawang dalam butter sehingga naik wangi
  • masukka ayam,setelah itu,masukkan susu ibu atau susu formula (yang telah di bancuh )
  • selepas ayam masak,masukkan semua puree
  • lepas tutup api barulah masukkan cheese

masuk cheese

blend untuk baby ,dan bagi begitu sahaja untuk kanak2

untuk abang

untuk adik

stok

butter creamy fish for baby

actually lepas buat resipi ni baru mama tahu yang shareef tak suka ikan !!!
yes,,die tak minat nak makan..semua luahkan balik..tapi mama nak share je la..baby2 lain tentuk suka makan ikan kan ?
kan kan kan
hehehehe

mama guna microwave untuk resipi ni

bahan-bahan
  • isi ikan
  • butter
  • cheese
  • lobak dan kentang sedikit
cara-cara

  • rebus dulu lobak dan kentang sehingga empuk (puree pun ok )

  • masukkan isi ikan dan butter dan cheese dalam mangku plastik microwave
  • masak 5 minit
isi ikan

butter and cheese
selepas masak

  • bila kentang dan lobak telah masak,campurkan sekali dengan isi ikan yang dah siap
  • dan blend halus2
  • pastikan ikan tu xde tulang ye
ready to serve

shareef x suka
sayang sekali shareef tak suka,,tak masuk mulut ni..masuk tong sampah je,,
ok tak pe..kalau memang dah xsuka nak buat mcm mana ...hehehe

menu2 ni untuk baby 8 bulan ke atas ye

selamat mencuba mommys..

botol susu oh botol susu

lama dah nak tulis dan lengkapkan entri ni,,tapi asyik bertangguh je..lama jugak duduk dalam draft..dekat 6 bulan dah hahahahaha

cerita pasal satu benda yang jadi best fren anak kita dari lahir hingga 2 tahun
atau kadang2 melebihi dari 2 tahun..ada jugak yang membawanya hingga ke sekolah..hahaha

BOTOL SUSU !!!!!!!

tak dapat di ungkapkan melalui kata2 betapa mama suka pada botol susu !
entah mengapa,mungkin kah sebb bentuknya yang comel,putingnya yang lembut dan jernih..berbagai bentuk,berbagai warna ,membuat kan mama teringin memiliki setiap satu dari setiap jenis yang ada di pasaran...


time syamim kecil dlu,die fully fm,so memang 3 bulan sekali tukar botol susu..tapi yang biasa2 di pasaraya tu..FIFFY,PUREEN,BABY KIKO,BEBE,DISNEY,ANAKKU...mcm tue la,,yang murah2 bah..


botol susu pasaraya


tapi shareef ..huii bukan main lagi ,semua jenis botol susu yang ada dia dah cuba...
biarpun dia fully bf..hehehe..apa tak nya mama asyik beli2 on9 je..
shareef ni good boy sangat sebab,apa jenis botol,apa jenis puting pun dia nak,bukan mcam kebanyakan baby akan suka pada satu jenis botol dan puting sahaja...anak mama ni apa2 pun boleh,apa lagi..tambah2 membazir la mama nya,,,
waktu first time guna botol,shareef pakai botol pigeon yang sekali dengan pam manual,,


last2 shareef keliru puting,dah x nak DF dengan mama,,
gugel2,dapatlah tahu pasal puting ortodhontik yang mngelakkan baby keliru puting,apa lagi,terus ke pasaraya membeli biarpun masih dalam pantang ;)
RM6.90 untuk 2 pcs brand anakku
mama just tukar sealing disk stotage bottle dengan puting ni



pandai pegang botol sendiri

time ni shareef 4 months !
anak mama dah tak keliru puting selepas guna puting ni..sebab nipple cik N kita akan mcm ni bentuknya bila dalam mulut baby..so sama la ..hehehehehe

selepas tu baru la mama gila2 beli on9
hasilnya ??.

....
,..............
..............................
.........................................
..................................................
..............................................................
...........................................................................
..........................................................................................
............................................................................................................
.............................................................................................................................
.................................................................................................................................
jeng jeng jeng



TOMMEE TIPPEE
PIGEON PERISTALTIC PLUS
FIFFY
ORGANIC KIDZ
CHICCO

agak2 dalam sebulan shareef pakai botol pasaraya,then mama beli feeding bottle Breastflow By The First Year,
ada review di sini
lepas tu tukar ke Avent,lepas tu tommee tippee...
mcm tommee tippee,shareef ok je,,,
pigeon peristaltic plus tu paling die suka..botol tu memang best sebb susu tak akan keluar kalau baby tak hisap,,
fiffy biru abang syamim punya..saja selit dlm pic..organic kidz tu pun abang punya gak..hehehe stainless steel bottle tu..tak yah tukar2 setiap 6 bulan ke setahun ke...bole pakai lama2//



Organic kidz 

chicco ok jugak..bahagian bawahnya tu boleh buka,,dan anti colic..
sorry la readers,mama malas nak snap bnyak2..bikin semak je !!


seterusnya mama nak cerita pasal botol susu Avent,,,
rata-rata hampir semua tahu pasa botol ni kan ?
YUP...SHAREEF JATUH CINTA DENGAN BOTOL AVENT NI!
shareef dah setia dengan botol ni...
yang best tentang botol ni...
jikalau guna breastpump manual Avent.bole terus pam ke botol ..
lepas pam,pasang sealing disk,bole simpan susu macam ni






lepas simpan,bila baby nak minum susu,just tukar sealing disk ke puting..jangan lupa tambah ring jugak..
boleh panaskan dalam warmer,dan bagi baby terus,
tak payah nak tukar2,dari stotage bottle ke feeding bottle..best kan ??
3 in 1 gitue
pump bottle,storage bottle and feeding bottle..
thats y mama love avent bottles !!!


antara koleksi avent mama,,,ada yang shareef punya ,ada jugak abang syamim punya..
mereka berdua suka !


antara koleksi 9 oz
koleksi 4 oz
senyum semua..click!



jangan nakal2 taw semua
kikikikiki


AVENT NATURAL 9 OZ

tengok je VIDEO NI,so korang semua boleh tahu apa tu ring ..hehehehe
ini je review mama..
finally,mama dapat publish jugak entri ni..
hooreyyyyy !!!!
buntu dah x tahu nak tulis apa..next mama akan tulis entri lagi tentang botol susu yang lain plak !
nanti nak try mimijumi dan range Tupperware ,,,cute mute semua,,,
nanti kan ye

byeeeeeeeeee

Friday 4 October 2013

EVE LOVE HEAVENLY @ FREESTYLE

OUT OF STOCK 
OUT OF STOCK
OUT OF STOCK

SALAM DARLINGS,,,

MAMA NAK CERITA SIKIT PASAL EVE LOVE HEAVENLY BREASTPUMP..
YANG HOT SELLING DAN TERBARU DI PASARAN SEKARANG !!!!!!!




PAM NI SANGAT BEST SEBAB

✔ Boleh guna AC Elektrik & 4xAA Bateri (tidak disediakan)
✔ Praktikal & Tersangat Ringan (400g SAHAJA)!
✔ Kecil & Mudah dibawa ke mana Sahaja 
✔ Suction KUAT tapi TAK Sakit
✔ Paling Best, bunyi TAK Bising macam pam double yg lain
✔ HandsFree Bustier (macam Medela Freestyle) diberi percuma
✔ Boleh buat kerja lain sambil Pam!
✔ Senang Nak Guna & simple button je
✔ 4 Level sedutan yang adjustable untuk keselesaan
✔ 2 phase expression - mengikut pattern mimik bayi, Stimulate phase dan Expression phase (sebijik macam Medela Swing/Freestyle)
✔ Air Cushion pada Corong Breast yang lembut sangat menyelesakan.
✔ Parts sikit sangat, jadi senang nak basuh
✔ Lebih hygienic sebab hampir semua parts boleh di sterilize kan
✔ Selamat & Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
✔ Warranty 6 Bulan
✔ Ada Service Centre 
✔ Original from Malaysia


BEST KAN ? BOLEH BUAT MCM2 KERJA WHILE PUMPING...





TENGOK,BOLEH DRIVE,BOLEH BACA BUKU,BOLEH MOP RUMAH..ATAU APA2 JE BOLEH BUAT,,,

RM490 FREE POSTAGE SEMENANJUNG
RM510 FREE POSTAGE SABAH SARAWAK

COMPLETE SET DAN FREE GIFT YANG DISERTAKAN SEKALI

♡1 set evelove heavenly breast pump double
♡2 calendar cap plus bottle
♡1 bustier utk free hand mcm fs
♡2 pcs ice gel
♡1 cooler bag 
♡10 storage ziplock milk storage bag
♡ Warranty 6bln dr company 

JOM PM LAJU DI FACEBOOK MAMA
ATAU MAIL mybabymizwar@yahoo.com.my

EVE LOVE HEAVENLY BREASTPUMP

OUT OF STOCK
OUT OF STOCK
OUT OF STOCK

SALAM SEMUA,,,,

TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI LUANGKAN MASA MEMBACA BLOG MAMA YANG TAK SEBERAPA INI....
PASSION MAMA TERHADAP BREASTFEDING TELAH MENJEBAKKAN MAMA DALAM PERNIAGAAN ONLINE BREASTPUMP..

ALHAMDULILLAH,REZEKI INI DATANG DENGAN SENDIRI TANPA MAMA PINTA ATAU BERHUBUNG DENGAN MANA2 PIHAK,,REZEKI INI ALLAH TELAH BERI MAMA MELALUI SEORANG KENALAN DI FACEBOOK..SYUKUR ALHAMDULILLAH ,BOLEHLAH MAMA MENJANA SEDIKIT PENDAPATAN DENGAN BISNES NI KAN...

KOMISEN SEBENARNYA TAK SEBERAPA PUN,TETAPI MAMA PUAS HATI JIKA DAPAT BANTU IBU2 MENYUSU DAPATKAN BREASTPUMP IDAMAN UNTUK MENERUSKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEHINGGA 2 TAHUN..

MEMPERKENALKAN EVE LOVE HEAVENLY BREASTPUMP



full complete set

breastpump


EVE LOVE HEAVENLY BREASTPUMP COMPLETE SET !!
BOLEH BATTERI DAN ELEKTRIK...
BOLEH PAM SAMBIL BUAT KERJA !!

SANGAT BERBALOI

APA YANG BEST TENTANG PAM NIH

✔ Boleh guna AC Elektrik & 4xAA Bateri (tidak disediakan)
✔ Praktikal & Tersangat Ringan (400g SAHAJA)!
✔ Kecil & Mudah dibawa ke mana Sahaja 
✔ Suction KUAT tapi TAK Sakit
✔ Paling Best, bunyi TAK Bising macam pam double yg lain
✔ HandsFree Bustier (macam Medela Freestyle) diberi percuma
✔ Boleh buat kerja lain sambil Pam!
✔ Senang Nak Guna & simple button je
✔ 4 Level sedutan yang adjustable untuk keselesaan
✔ 2 phase expression - mengikut pattern mimik bayi, Stimulate phase dan Expression phase (sebijik macam Medela Swing/Freestyle)
✔ Air Cushion pada Corong Breast yang lembut sangat menyelesakan.
✔ Parts sikit sangat, jadi senang nak basuh
✔ Lebih hygienic sebab hampir semua parts boleh di sterilize kan
✔ Selamat & Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
✔ Warranty 6 Bulan
✔ Ada Service Centre 
✔ Original from Malaysia
✔ Double pumping
✔ Compact & lightweight
✔ Two-phase expression
✔ Various suction levels


What's Included?
⋆2 pads for breastshield
⋆2 breast shields
⋆2 body connectors
⋆2 tubes
⋆2 tube connectors
⋆1 T-connector for double use
⋆2 silica valves
⋆2 pieces Eve Love Calendar Cap Storage Bottles
⋆1 motor body
⋆1 power adapter
⋆1 x handsfree bustier

RM490 FREE POSTAGE SEMENANJUNG (COMPLETE SET)
RM510 FREE POSTAGE SABAH SARAWAK (COMPLETE SET )

RM430 FREE POSTAGE SEMENANJUNG (PAM  )
RM450 FREE POSTAGE SEMENANJUNG (PAM  )

COMPLETE SET DAN FREE GIFT YANG DISERTAKAN SEKALI

♡1 set evelove heavenly breast pump double
♡2 calendar cap plus bottle
♡1 bustier utk free hand mcm fs
♡2 pcs ice gel
♡1 cooler bag 
♡10 storage ziplock milk storage bag
♡ Warranty 6bln dr company 

MOMMYS AKAN DAPAT SEBIJIK MCM DALAM PIC NI JIKA BELI COMPLETE SET





MOMMYS AKAN DAPAT MCM DALAM GAMBAR NI JIKA BELI SET BIASA
FREE GIFT** PUMPING BUSTIER DAN BOTTLE





KEPADA MOMMYS YANG MASIH TERCARI-CARI NAK BELI BREASTPUMP APA..YANG BERBALOI,,YANG MURAH,YANG BEST..YANG BOLEH FREE STYLE..EVE LOVE LA JAWAPANNYA...

JOM LA GRAB SATU..PASTI TAK NYESAL BELI,,

ADD DAN PM MAMA DI FACEBOOK
ATAU MAIL MAMA DI mybabymizwar@yahoo.com.my @ mybabymizwar@gmail.
UNTUK FAST REPLY,JUST WASSUP 0165841349

JUMPA LAGI,.BYE2