MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Friday 8 February 2013

Cloth Diaper part#3

CIRI-CIRI CLOTH DIAPER


1. CD : Cloth Diaper / lampin kain.

2. Pocket diaper : Lampin kain yang mempunyai poket untuk memasukkan insert/soaker mengikut keperluan bayi.

3. Insert/Soaker : Penyerap kebasahan yang diperbuat kebiasaannya dari fabrik microfibre, boleh juga diperbuat daripada kain napkin yang dilipat2.

4. Microfiber : Material tuala yang tebal, biasanya digunakan sebagai insert atau soaker untuk menyerap kebasahan.

5. Fleece : Sejenis fabrik yang tebal, gebu dan lembut seperti bulu biri2. Biasanya digunakan sebagai lapisan poket, diantara kulit bayi dan 'insert/soaker'. Fabrik ni membuatkan bayi berasa selesa dan kering.

6. PUL : (Polyurethane Laminate) Fabrik yang digunakan sebagai lapisan paling luar, mempunyai penebat air, mengelak kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

7. One size (OS) : Sais boleh diubah dari S / M / L dengan menggunakan snapbutton yang disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir (3kg) - 3thn (13kg).

Tips Penjagaan Kebersihan :-


  • 1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah, jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.
  • 2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).
  • 3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.
  • 4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.
  • 5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.

CARA MENYEDIAKAN CLOTH DIAPER


  • 1) Terdapat 2 bahagian utama pada Cloth Diapers ini iaitu yang pertama poket boleh buka yang di namakan Pocket Diaper dan yang kedua adalah sekeping Insert/Soaker yang tebal macam towe. Kedua-dua ini perlu ada sebelum dipakaikan kepada baby anda.
  • 2) Kebiasaanya pada waktu siang, penggunaan 1 insert/soaker adalah dalam lingkungan 4 jam. Pada waktu malam pula, supaya anda dapat tidur dengan aman dan damai, anda boleh memasukkan 2 keping insert/soaker, jadi banyak air yang boleh diserap. Anda tidak perlu bangun tengah-tengah malam.
  • * (Tukar CD setiap kali baby buang najis dan apabila CD sudah berat (3-4 jam, sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs, tetapi untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam (dari jam 10 malam ke 6 pagi)
  • 3) Anda bolehlah memasukkan insert/soaker kedalam poket yang telah disediakan seperti berikut, anda perlu memasukkan sampai habis/hujung dengan cantik-cantik, kerana jika senget biasanya akan berlaku kebocoran.

LAIN-LAIN TIPS

  •  CD yang baru dibeli, perlulah dibasuh tanpa sabun dan keringkan sebanyak 3 @ 4 kali dahulu sebelum dipakaikan kepada anak. Ini untuk memastikan supaya CD menyerap dengan baik dan dapat membuang bahan-bahan kilang sebelum digunakan.
  • Seterusnya anda boleh adjust CD mengikut saiz anak anda, settingkanlah snap button yang banyak/disediakan pada bahagian depan CD mengikut saiz yang bersesuaiaan samaada saiz S, M atau L.
  •  CD ni sudah siap dengan bahagian paha yang bercerut getah dari dalam. Jadi masa memakaikan CD pada anak anda, pastikan paha anak muat-muat dengan setting yang telah anda dibuat tadi.
  •  Kemuadian, CD anak anda telah siap dan bolehlah anda pakaikan kepada anak anda seperti mana anda memakaikan pampers pakai buang. Bagi anda yang menghantarkan anak anda ke rumah asuhan, bekalkanlah CD yang sudah siap di set mengikut saiz anak anda.


CARA MEMBERSIHKAN CLOTH DIAPERS

1) Sekarang mari kita mengikuti segment mencuci CD. Anda boleh melakukan cara ini sambil-sambil anda mandi manda.

2) Mula-mula anda perlu mengeluarkan insert/soaker dari dalam poket CD. Kemudian siram air. Gosok-gosok manje dengan menggunakan tangan mengukut keselesaan anda. Tetapi anda haruslah ingat bahawa, JANGAN SESEKALI gosok dengan menggunakan BERUS. Ini untuk mengelakkan fleece daripada rosak dan berbulu akibat berus yang kasar.

3) Kalau ada najis baby, tuang kedalam toilet sambil pancut-pancutkan air yang kuat supaya najis senang ditanggal dari CD. Inilah hasilnya setelah di pancutkan ngan air dan di sental-sental manje tanpa menggunakan berus.

4) Biasanya akan tertinggal sedikit kesan najis bewarna kuning, tetapi anda jangan risau kerana setelah anda mencuci menggunakan tangan, anda perlu memerah CD dan anda boleh mencuci hingga bersih menggunakan mesin basuh.

5) Masukkan semua CD ke dalam mesin, cara mencuci CD adalah digalakkan anda menggunakan mesin untuk menjaga fabric CD tersebut. Anda DILARANG MENGGUNAKAN KLOROK ATAU SOFTENER WANGI.


6) Setelah siap dibasuh, anda bolehlah menjemurnya, bagi Insert/soaker yang tebal, anda perlulah menjemur dibawah matahari untuk mengeringkannya. Bagi Pocket CD pula, boleh juga dijemur di dalam rumah. Sekiranya terdapat stain kuning, lebih elok dijemur direct dibawah matahari untuk 60-90 minit. Matahari ni dapat matikan kuman dan pemutih secara semulajadi..


No comments:

Post a Comment