MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Saturday 15 December 2012

MAKANAN PENGGALAK SUSU @ MILK BOOSTER

PEMAKANAN

  • (*) Lobak putih -  orang kata rasanya pelik, tak sedap dan pahit, tapi sedap jer bagi momma. Masa Damia momma tak pernah amik pun. So bagi yg baru nak makan di nasihatkan potong kecik-kecik lobak tuh dan masak sup or sayur campur. SEDAP.  Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  • (*) Bayam - masak air pun sedap dah. ada orang buat goreng. Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  • (*) Broccoli - Bagus. Sumber Kalsium yang baik.
  • (*) Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
  • Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  • Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu.
  • Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi.
  • Petola, daun turi - masak lemak manis
  • Kacang Buncis
  • Pucuk betik 
  • (*) Roti - segala jenis roti especially roti planta
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert
  • (*) Kismis - 7 biji setiap pagi, tengahari, malam
  • Ikan Tenggiri
  • Sengkuang Cina
  • (*) Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, cth dr brand IKO, Jacob etc.Momma amik Kellogge Cornflakes + Kismis + Milo
  • Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau
MINUMAN

  • (*) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
  • Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  • Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
  • Halba - rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
  • Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
  • (*) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • (*) Soya - minum secawan sehari.
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
  • Air Kelapa
  • Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
  • Daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  • Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • Milkmaid tea
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Autumnz Organic Nursing Tea 
  • Joy Angel Nursing Tea 
SUPPLEMENT

  • (*) Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju, Masa mandi check kalo-kalo ada yang tersumbat.
  • (*) Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti. 
  • (*) kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon BREAST untuk membanyakkan air susu.
  • (*) Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat tetek.
  • (*) Pam susu sambil lihat muka anak or gambar anak di hp atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  • (*) Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum start pump, semasa pump dan selepas pum.
  • Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin
    terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as roven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.
  • Susuilah baby kedua-dua belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu. Kalo tak boleh buat double pumping bersama baby.
MAMA PETIK DARI alinalan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment