MaMa~MuJaHiDaH~~My BrEaStFeEdInG mEMoRyZZZ

Thursday 29 November 2012

Definisi Penyusuan Susu Ibu


Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua  tahun atau dua puluh empat bulan. Apabila seseorang bayi telah  meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.Ini bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih daripada dua ta­hun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas bayi dari segi syarak. Sekira­nya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.
Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)
Rasulullah s.a.w juga menegaskan tentang had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:
Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun.
Rujukan :  Ayu Asma Yusuf (2002). Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Nota Ummu Ibtisam : Suami yang minum susu isterinya tidak akan menjadi anak susuan kerana umur suami sudah melebihi 2 tahun  .

WARMER

yeaaaaa mama dah terima parcel hari ini.......warmer yang mama order hari tue dah sampai tadi...little bean car and home bottle warmer...boleh guna dalam rumah dan kereta..bole juga memanaskan makanan baby....
tujuan utama mama beli warmer ni adalah untuk memanaskan ebm shareef......lagi senang ckit keje,x payah nak jerang2 air lagi.......mama beli dengan harga RM 60 jew...aik ?!! murah kan...yela second hand mestilah murah,termasuk postage taw...orang tue siap hadiahkan mama dengan 2 botol penyimpanan susu ibu jenama MLO lagi...che waaahhh...rezeki c shareef.....

Wednesday 28 November 2012

FIRST TIME BLOGGING

hai Assalamualaikum smua..ini adalah post pertama dalam blog saya ni...tujuan mama membuka blog adalah untuk berkongsi pengalaman menjadi ibu kepada 2 orang hero yang sedang membesar sekarang...dan juga berkongsi pengalaman menyusukan anak saya....untuk pengetahuan semua saya kahwin pada 09 disember 2007..my hubby name is SARBUDEEN BIN BASHEER AHAMED SYED..waa panjangnya nama dan saya seorang surirumah separuh masa..part time housewife kalo ckap orang puteh......putera saya yang sulung lahir pada 08 mei 2010..3 tahun selepas kahwin...hehe..yang diberi nama MOHAMED SYAMIM MIZWAR..saya hanya menyusukan syamim slama 1 minggu sahaja..sebabnya ???
kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu...dan lepas saya mencuba beberapa kali pun x berjaya coz syamim INTOLERANSI LAKTOSA....so stiap hari la dia diarrhea..memang payah time tue..
pastue kami terpaksa memberinya susu formula tanpa laktosa jenama SIMILAC LF..lepas 2 bulan barula diarrhea syamim berhenti.....dan dia minum susu tue sehingga berumur 2 tahun...

putera no 2 saya lahir pada 24 september 2012...disinila bermula MY BREASTFEEDING JOURNEY.....
MOHAMED SHAREEF MUZHAFFAR...